PROFIL SYARIKAT MEOR LEGACY ESTABLISHED GROUP OF COMPANIES (MLE GROUP)


COMPANY PROFILE - MEOR LEGACY ESTABLISHED GROUP OF COMPANIES (MLE GROUP)


Alamat IbuPejabat Syarikat:
Director Office, Meor Legacy Established Ventures,
01-22-08, Blok 1, Prima U1, Persiaran Kerjaya,
Seksyen U1, 40150 Shah Alam,
 Selangor


MEOR LEGACY ESTABLISHED GROUP OF COMPANIES (MLE GROUP) adalah kumpulan syarikat pimpinan Certified Cat Behavior Consultant (CCBC/Cbr.) Meor Fazrul (Cikgu Meow). MLE Group terdiri daripada penglibatan kerjasama antara syarikat-syarikat berikut:

Syarikat Induk:
MEOR LEGACY ESTABLISHED VENTURES - Cikgu Meow

Anak-Anak Syarikat
i. MEOR LEGACY ENTERTAINMENT - Cikgu Meow
ii. MEOR LEGACY ENTRA GLOBAL - Cikgu Meow
iii. MEOR LEGACY ENTERPRISE - Cikgu Meow

Syarikat Kolaburasi Tetap (Rakan Strategik):
i. BLUBERRY NETWORK SDN BHD (BLUNET) - Coach Fadzli Ghazali
ii. DRH KENAF INDUSTRI SDN BHD - Dr. Rahmatullah
iii. ASD RESOURCES - Coach Ahmad Zamanhuri
iv. FIGURA INTERNATIONAL SDN BHD - Mr. Mohd Hafiz Mohd Khalid
v. UNIQUE AZHANYNA SOLUTION - Mr. Azhar Ahamad
vi. PRACTICAL PROPERTY MANAGEMENT - Ms. Ho

Syarikat Bersama:
i. ECOVET PET SDN BHD

ii. LANDFIEND REALITY SDN BHD
iii. AZHAR HARDWARE ELECTRIC
iv. BLUNET MUSIC
v. AC MINDZPOWER EMPIRE

MLE ditubuhkan sah di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan telah beroperasi sejak tahun 2014 sehingga kini.

1. MEOR LEGACY ESTABLISHED VENTURES (MLE HQ / MLE DO) DAN MEOR LEGACY ENTERPRISE (ML ENTERPRISE)


Meor Legacy Established Ventures (MLE HQ / MLE D.O.) adalah syarikat bersaiz medium yang berwujudkan sebagai pemain peranan jabatan pentadbiran atau ibupejabat yang mengawal kesemua anak syarikat naungan MLE yang kian hari kian bertambah bilangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Berkata Pengerusi MLE, Cbr. Meor Fazrul, bahawa hal ini sangat penting kerana jika kita merujuk pakar kewangan terkemuka, sudah pasti mereka setuju bahawa pengasingan akaun adalah amat signifikan bagi memastikan rekod kewangan syarikat sentiasa cantik dan kukuh skornya, kerana itu yang menjadikan para kakitangan syarikatnya memiliki resume atau pengalaman kerja yang laku keras dipasaran kerjaya.

Meor Legacy Enterprise atau ML Enterprise merupakan syarikat terawal diwujudkan atau titik permulaan legasi perniagaan Cbr. Meor Fazrul, Pengerusi MLE pada tahun 2014. Namun pada 11 November 2020, beliau telah membuka syarikat baru iaitu Meor Legacy Established Ventures bagi menggantikan Meor Legacy Enterprise sebagai penjenamaan baru.

Selain kejayaan, terdapat satu fakta tentang ML Enterprise juga, ML Enterprise merupakan syarikat milikan tunggal Cbr. Meor Fazrul yang kedua dan pada permulaannya ML Enterprise ditubuhkan berasaskan satu matlamat sahaja, iaitu untuk menyelamatkan perusahaan Cbr. Meor Fazrul daripada kejatuhan.

Keputusan Cbr. Meor Fazrul untuk menubuhkan syarikat keduanya itu merupakan satu pilihan yang tepat kerana tindakan itu telah berjaya menyelamatkan legasi perniagaannya daripada kejatuhan selepas menanggung kerugian besar akibat ditipu oleh pihak pelabur bagi syarikat pertamanya itu Meor Fazrul Enterprise (MFE). Kegagalan MFE pada pertengahan tahun 2014 mematangkan Cbr. Meor Fazrul yang ketika itu baru berusia 18 tahun dan berstatuskan pelajar IPT, untuk bangkit semula dan membetulkan keadaan dengan membuka syarikat keduanya iaitu Meor Legacy Enterprise dengan hanya bermodalkan wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setelah beberapa bulan berjuang, pada awal tahun 2015, ML Enterprise berjaya mengukuhkan kedudukannya dan mencipta fenomena kebanggaan Malaysia dengan sebuah projek Sekolah Kucing Pertama Di Malaysia iaitu MYCATS 
yang pernah tular pada suatu ketika dahulu.

Pada permulaannya ML Enterprise meneraju 3 jenama utama iaitu Malaysian Cat School (MYCATS), Malaysian Executive Transformation Academy (META) dan Metrix Space (MESPACE). Namun pada sekitar bulan Mac 2020, Pengerusi MLE, Cbr. Meor Fazrul telah mengumumkan pemindahan MESPACE kepada pengurusan baharu iaitu Meor Legacy Entra Global demi memastikan Meor Legacy Enterprise dapat memberikan fokus yang maksima kepada 2 jenama sahaja iaitu MYCATS dan META.

Namun pada Januari 2021, Pengerusi MLE telah mengumumkan bahawa MYCATS akan dipindah pengurusan kepada MLE HQ dan META akan dipindahkan pengurusan kepada syarikat Meor Legacy Entertainment kerana beliau telah memutuskan untuk memfokuskan Meor Legacy Enterprise kepada perniagaan runcit dan makanan minuman sahaja, maka wujudlah jenama baharu iaitu Qimochi yang dijadualkan rasmi pada 3 Mac 2021 sepena tarikh lahir ibu beliau dan merencana untuk menyerahkan syarikat Meor Legacy Enterprise yang pernah memenangi banyak anugerah antarabangsa serta mencatatkan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringit itu kepada ibunya sebagai hadiah hari lahir.

i. MALAYSIAN CAT SCHOOL (MYCATS)

Sekolah Kucing Malaysia atau dalam bahasa inggerisnya Malaysian Cat School atau lebih dikenali sebagai "Projek MYCATS" merupakan lambang ikonik dalam sejarah legasi pernigaan MLE kerana pernah mencetus fenomena baharu buat negara Malaysia pada suatu ketika dahulu. Pada penghujung tahun 2014, MYCATS pernah tular dengan kisah "Pemuda Viral Bercakap Dengan Kucing" dan dari peristiwa itu Cbr. Meor Fazrul mula menjadi pusat perhatian para pencinta kucing di Malaysia kerana beliau merupakan anak muda pertama yang dianugerahkan sebuah pengiktirafan profesional iaitu Perunding Tingkah Laku Kucing di Malaysia.

 

MYCATS menjalankan kegiatan perkhidmatan perundingan haiwan seperti perkhidmatan sekolah kucing malaysia, perkhidmatan tusyen kucing, latihan pendidikan awal kucing, perkhidmatan penghantaran kucing, pengurusan acara pertunjukan kucing, jualan produk keperluan kucing dan banyak lagi. Projek MYCATS juga sering kali mendapat undangan untuk berkongsi kisah dan pembetangan tentang keunikan "Modul Latihan Komunikasi Kucing" oleh pihak media penyiaran dan para pegawai kerajaan atasan serta menteri-menteri.


MYCATS kini bekerjasama dengan rakan strategik dan pihak pelabur bagi projek-projek khas seperti:
i. DRH Kenaf Industri untuk projek Ecovet Pet Sdn Bhd pengedar produk keperluan kucing. Projek ini telah berjaya meraih anugerah Social Entrepreneurship Literacy For Youth (SELFY) Award 2019 oleh Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK)


ii. Bluberry Networks Sdn Bhd (BLUNET) untuk projek MYCATS Mobile Apps iaitu projek terbaru yang bakal dirasmikan selepas tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Projek ini telah berjaya meraih anugerah The Best Outstanding Idea Award (Service) Winner sempena National Young POLYCC Entrepreneurs 2020




Alamat Pejabat Perunding MYCATS:
Malaysian Cat School (MYCATS),
10, Tingkat 3, Persiaran Klang Sentral, Jalan Ks3/Ku5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja, Meru,
41050 Klang, Selangor.


2. MEOR LEGACY ENTERTAINMENT (ML ENTERTAINMENT)


Meor Legacy Entertainment atau ML Entertainment adalah milikan tunggal Cbr. Meor Fazrul yang diwujudkan pada pertangahan tahun 2020. Memandangkan ML Entertainment merupakan syarikat yang baharu dalam industri hiburan, Pengerusi MLE, Cbr. Meor Fazrul berhasrat untuk meletakan 4 jenama iaitu Noxon PublicityNinja TalentMalaysian Executive Transformation Academy (META) dan Farahan Academy sebagai fokus awal ML Entertainment sebelum mewujudkan lebih banyak jenama pada masa akan datang.

ML Entertainment dijangka bakal memulakan langkah awalnya dengan mempromosikan projek "Hostalent" yang merupakan rancangan pencarian gabungan bakat pengacaraan dan nyanyian melalui dalam platform Youtube. Menurut kenyataan rasmi Pengerusi MLE, Sesi Uji Bakal Hostalent yang pada asalnya telah dijadualkan bermula pada 15 Mac 2020 namun akibat penularan wabak penyakit berjangkit COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, Sesi Uji Bakat Hostalent tersebut terpaksa ditunda kepada tarikh baharu yang bakal diumumkan kemudian. 

ML Entertainment, bagi pihak Noxon Publicity dan Ninja Talent 
kini bekerjasama dengan rakan strategik dan pihak pelabur bagi projek-projek khas seperti:
i. Bluberry Networks Sdn Bhd untuk projek BLUNET Music iaitu projek terbaru yang bakal dirasmikan selepas tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


i. NOXON PUBLICITY

Noxon Publicity merupakan sebuah jenama kegiatan perniagaan publisiti media elektronik seperti aktiviti pembikinan filem, streaming, penulisan atas talian, perkhidmatan pengiklanan digital, kontrak televisyen dan podcast radio dan banyak lagi. Antara projek terawal yang dijangka bakal dilaksanakan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah projek Cikgu Meow Nation (CMNATION) merupakan projek video informasi dan perkongsian ilmu daripada Pengerusi MLE dan barisan Talent MLE.

ii. NINJA TALENT

Ninja Talent merupakan akademi pengurusan dan pembangunan bakat. Di Ninja Talent, ML Entertainment dapat mengumpul anak muda yang mahu mengetengahkan bakat mereka untuk dikembangkan menjadi seorang penghibur dan seniman dimasa akan datang. Pada asalnya, Ninja Talent telah dijadualkan untuk mula dirasmikan pada Mac 2020 tetapi oleh kerana cabaran penularan wabak Covid-19 yang menyekat permohonan tender pengurusan acara menyebabkan segala pengoperasiannya ditunda sehingga ke tarikh yang belum dikenal pasti.

iii. MALAYSIAN EXECUTIVE TRANSFORMATION ACADEMY (META)

Malaysian Executive Transformation Academy (META) menjalankan kegiatan perkhidmatan pengurusan acara (kelas/kursus), perunding pengurusan perniagaan, perunding pengurusan organisasi, perunding pendidikan, perkhidmatan bimbingan dan latihan dan banyak lagi.

Antara modul yang paling mendapat sambutan hangat oleh para pelanggan META adalah seperti:
i. Modul Pembangunan Keusahawanan/Perniagaan (Business Startup) - Pemasaran Digital, Copywritting, Pengiklanan, Penjenamaan, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Pendokumentasian Perniagaan seperti Pembinaan Proposal, Profil Syarikat, Business Model Canvas (BMC) dan banyak lagi
ii. Modul Pengurusan, Kepimpinan & Motivasi - Kursus Pengurusan Organisasi, Kem Kepimpinan, Team Building, Ceramah Motivasi dan banyak lagi
iii. Modul Latihan Korporat - Kursus Reka Grafik, Kursus Perkhidmatan Bangunan, Kursus Asas Pengurusan/Pentadbiran dan banyak lagi
iv. Modul Latihan Rendah Menengah - Teknik Menjawab Sejarah, Teknik Menjawab Bahasa Malaysia, Teknik Menjawab Sains, Teknik Menjawab Matematik dan Teknik Menjawab Pendidikan Islam


META pernah bekerjasama dengan rakan strategik seperti agensi/institusi kerajaan dan pihak pelabur bagi projek-projek khas seperti:
i. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) untuk projek Mentor UKAS PTSB akademi usahawan siswa PTSB.
ii. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) untuk projek Inkubator Pengurusan Acara PSA sebuah projek pengurusan acara, latihan/seminar dan persembahan/pementasan.
iii. Bluberry Networks Sdn Bhd untuk projek Akademi Sang Kancil iaitu projek terbaru yang bakal dirasmikan selepas tamat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
iv. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk projek eUsahawan kursus dan latihan pembangunan keusahawanan.
v. 1MET untuk projek Keywords Everywhere Mastery kursus dan latihan pembangunan keusahawanan.


iv. FARAHAN ACADEMY

Farahan Academy (@farahan.ace) merupakan akademi pembangunan sahsiah, rohani dan sekolah agama Islam modern yang dijalankan secara maya / atas talian. Berikutan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan negara Malaysia, pihak kerajaan telah memanjangkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga banyak acara dibawah pimpinan ML Entertainment tidak dapat dijalankan. Oleh sebab itu, Pengerusi MLE, Cbr. Meor Fazrul telah membuat keputusan untuk mewujudkan Farahan Academy bagi menyelesaikan masalah syarikat disamping membantu ramai para pendidik/ guru al-quran/ ustaz/ ustazah yang telah terjejas sumber pendapatan kerana tidak boleh lagi menganjurkan kelas al-quran akibat PKP dengan cara menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Kata Pengerusi MLE juga, beliau juga memiliki adik kecil yang masih bersekolah dan merasakan bahawa adik beliau sudah mula lupa akan bacaan ayat suci al-quran kerana sudah hampir setahun tidak membacanya. Jadi, demi membantu syarikatnya, keluarga, masyarakat dan agamanya, beliau telah bertekad untuk mewujudkan platform yang berguna ini dengan harapan Islam akan kekal kukuh walau dunia sudah lagi tidak sekukuh seperti dahulu.


3. MEOR LEGACY ENTRA GLOBAL (ML ENTRA)


Meor Legacy Entra Global atau ML Entra adalah milikan tunggal Cbr. Meor Fazrul yang diwujudkan pada penghujung tahun 2020. ML Entra diwujudkan bagi menampung beban tugas pengurusan ML Enterprise yang dah semakin berkembang maju itu.

Pada sekitar tahun 2020, Pengerusi MLE, Cbr. Meor Fazrul mengumumkan bahawa Metrix Space Property And Facilities Management (MESPACE) tidak lagi diuruskan oleh ML Enterprise dan bakal berpindah tangan dibawah pengurusan ML Entra. Namun Ketua Pegawai Eksekutif, ML Entra kemudiannya mengumumkan bahawa MESPACE Dibubarkan Pada 1 Oktober 2020 dalam sebuah mesyuarat pengurusan tertinggi ML Entra. Keputusan baharu telah dibuat berdasarkan cadangan dan persetujuan barisan ahli pengurusan tertinggi ML Entra untuk memecahkan dan memindakan pasukan petugas MESPACE kepada 2 jenama dan pasukan baharu iaitu Landfield Property & Facilities Management (LANDFIELD-PFM) dan Landfield Real Estate Negotiator (LANDFIELD-REN).

Pada Oktober 2020, ML Entra telah mengumumkan bahawa akan wujud lagi projek baharu iaitu CarTroper.my iaitu sebuah platform perunding jualan dan perkhidmatan kereta dan insurans. CarTropers.my dijangka bakal beroperasi bermula Januari 2021 sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak dilanjutkan.

i. METRIX SPACE (MESPACE) DAN LANDFIELD

Metrix Space (MESPACE) kini sudah dibubarkan dan digantikan dengan 2 pecahan iaitu LANDFIELD-REN dan LANDFIELD-PFM. LANDFIELD-REN menjalankan kegiatan perundingan hartanah seperti urusan jual beli rumah dan tanah. Manakala LANDFIELD-PFM pula sebagai penggiat pengurusan fasiliti, aset dan hartanah seperti sewaan rumah/bilik/ruang, perkhidmatan bangunan dan penyelenggaraan aset, perkhidmatan pembersihan bangunan, pengurusan sisa dan pengubah suaian ruangan luar dan dalam bangunan, pemasangan dan pembekal perkakas dan banyak lagi.

MESPACE dulunya pernah bekerjasama dengan rakan strategik dan pelabur bagi projek-projek khas seperti:
i. Unique Azhanyna Solution untuk projek Azahar Hardware Electric pengedar peralatan dan perkakas elektrik.
ii. Media Prima Berhad untuk projek Bersamamu TV3 2019 untuk kerja-kerja pengubah suaian dalaman dan luaran kediaman Keluarga Zamri.

Namun setelah MESPACE dibubarkan, projek-projek diatas tidak lagi diteruskan.

Dan ML Entra Global juga pernah menjalankan projek bersama rakan strategik lain seperti:
i. Homefield Real Estate Sdn Bhd untuk projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bersama pemaju
Perbadanan PR1MA Malaysia, projek Rumah Selangorku bersama Kerajaan Negeri Selangor, projek Residensi Wilayah Perkekutuan (RUMAWIP) bersama pemaju Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan projek Residensi D'Idaman Desa Tasik KL bersama pemaju Coneff Corporation Sdn Bhd
ii. Mountainfall Technologies dan Sepadat Technology Sdn Bhd untuk projek Mountainfall Entra Global (MOUNTRA) yang merupakan projek penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Projek ini masih dalam proses rundingan persepakatan kerajaan Malaysia.
iii. TRose Empire untuk projek Autolify Empire dan CarTropers.my.

>>> BONUS <<<



Comments

  1. Meor Legacy ni aku follow rapat dari 2014 owner dia bdk muda ja..sat je masa berlalu skrang dah maju..famous owner dia Cikgu Meow yg pernah viral boleh ckp dgn kucing dulu tu..la ni bkn kucing ja bisnes dia siap jual rumah ambik tender besar seluruh malaysia lagi #tabikbroh

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la pernah jumpa CM..kami ni dok boleh chat dm insta ja..tak biasa jumpa lagi depan2

      Delete
  2. bila baca macam mustahil sehebat ni tapi bila dah kenal dah tau kisah hidup dia rasa kagum sebab dia memang bijak dari kecik lagi, dia ni bukti kebesaran Allah. Allah dah anugerahkan dia untuk lahir sbg manusia genius dan sangat unik bakatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang sebut la nama dia dekat budak tiktok mana nak kenai, tp hang try sebut nama dia depan menteri ka artis ka pengarah pengarah punya level ka insha Allah orang kenai dia, faham dak maksud aku?

      Delete
  3. best intern dgn company ni dia bnyk utamakan org muda, mostly org yg habis intern dgn company mle ni kluar mesti ada bisnes yg sukses including me. sorry tau tak dpt bersama mle as a team sbb now i have my own team. thanks to our young chairman Cikgu Meow yg bnyk ajar i tentang erti kehidupan. #Proud2bMLEcrew

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom support pizza scarf produk anak murid anak didik Cikgu Meow ni,.kami buat dropship produk tu..tumpang bangga dgn produk tu walaupun tolong jual ja produk anak murid dia..rasa nak jd berjaya mcm dia

      Delete
  4. Bestnya meor legacy open internship, dulu masa kami zaman blaja tak ada intern lg meor legacy ni..tringin intern dgn company anak muda kita ni..humm

    ReplyDelete
  5. happy new year cikgu meow and mle team

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas tunjuk ajar team mle . alhamdulillah skrang sy dah boleh selamatkan bisnes dari gulung tikar

    ReplyDelete
  7. kalau kat uitm company ni famous sbb lecturer ramai minat kat owner dia tu cikgu meow tu gila tak minat rupa ada duit ada kucing comel comel pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. UUM pun sama la sbb cikgu meow ni mmg org utara boleh dikatakan setiap tahun mesti company meor legacy ni students buat jadi case study

      Delete
    2. kira dekat politeknik dgn kolej komuniti pun sebut cikgu meow boleh dikatakan ramai kenal cume pelik kenapa dia jarang viral sampai masuk motif viral? mungkin sbb dia banyak tolong org berbanding buat content hat pelik pelik

      Delete
  8. meor legacy ni naik sbb cikgu meow je dia ramai peminat cume dia bnyk main tv radio sbb tu dia tak berapa viral.. kat selangor, kedah, penang, melaka, perak sebut la nama cikgu meow takpun meor fazrul ramai yang kenal tapi lain negeri mungkin kurang sikit sbb dia jarang pergi bagi talk area lain

    ReplyDelete
  9. MLE ni kiranya company gambungan la kan? menarik ni saya belajar sesuatu yg baru pasal bisnes

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts